Tips Membaiki Solat Untuk Wanita

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Surah Al-A’raaf, Ayat 31)


Selamat datang diucapkan kepada pengunjung-pengunjung Telekung 2 lapis. Telekung menepati syariat yang insyaAllah akan mempertingkatkan keyakinan anda semasa beribadat.

Petikan Artikel di bawah ini datangnya dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
URL untuk Artikel ini:
http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1250

CIRI-CIRI TELEKUNG

Tidak jarang. rata-rata kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yang tidak jarang (antara caranya ialah dengan menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tangan tidak
kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.


Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang. Ada yang berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yang rambut panjang, jika tidak ditutup betul-betul dengan serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yang baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dalam telekung setiap kali solat sambil berazam
untuk membeli telekung yang lebih baik kualitinya. Walaupun kadang-kadang terasa panas ketika solat saya gagahkan juga.yang penting, saya mecuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yang diterima Allah


more ....


Diana Khairani
diana_khairani@hotmail.com

0 comments:

Post a Comment